suria

One Direction Dilarang Masuk Kelab Kerana Selekeh

Status selebriti One Direction tidak memberi kelebihan apabila dihalau daripada memasuki sebuah kelab eksklusif di London baru-baru ini.

KUMPULAN One Direction dilaporkan telah diusir dari sebuah kelab malam eksklusif di London kerana berpakaian selekeh.

The Daily Telegraph melaporkan Harry Styles, Liam Payne, Louis Tomlinson, Zayn Malik dan Niall Horan dilarang memasuki 5 Hertford Street di Mayfair walaupun pengurus mereka telah berunding dengan pengawal kelab itu.

Salah seorang pengunjung di kelab tersebut memberitahu menyaksikan kejadian tersebut dan memberitahu status selebriti tidak mencukupi untuk melayakkan mereka masuk ke kelab berkenaan.

Pihak pengurusan kelab itu bagaimanapun enggan memberi komen tentang kejadian tersebut.

Pada bulan Mac lalu kejadian serupa telah menimpa Justin Bieber apabila dihalau keluar daripada kelab Cirque du Soir kerana masih di bawah umur.

Artikel Lain