suria

Cristina Suzanne Enggan Kongsi Hal Peribadi

Cristina Suzanne. Foto FAIHAN GHANI
Cristina Suzanne. Foto FAIHAN GHANI
Cristina Suzanne. Foto FAIHAN GHANI

PETALING JAYA: Pelakon Cristina Suzanne Stockstill menganggap populariti seseorang artis tidak semestinya dengan berkongsi segala hal peribadi kepada umum.

Cris, 28, mengakui lebih selesa menceritakan kerjaya lakonannya berbanding hal peribadi kepada peminat, malah dia tidak mempunyai laman sosial seperti instagram dan keek untuk tatapan umum.

"Saya tidak mahu cerita pasal hal-hal peribadi yang tiada kena mengena dengan kerjaya, saya tidak selesa sebab bagi saya tiada siapa yang ingin tahu pun.

"Saya tidak ada laman sosial seperti keek dan instagram, kalau ada pun Facebook dan Twitter yang jarang sekali update dan hanya menulis tentang perkembangan kerjaya dan promosi sahaja," katanya ketika ditemui.

Cris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungannya dengan pelakon Bront Palare yang dikatakan semakin intim.

Bagaimanapun, bekas peserta program Pilih Kasih ini menganggap dia mampu berjaya tanpa bantuan media sosial, hal peribadi dan kontroversi terhadap dirinya.

"Saya ada cara lain untuk berada dalam industri ini, bagi saya lebih baik peminat tengok kita hanya di kaca televisyen atau di pawagam dan bukan secara percuma sahaja," katanya.

Jelasnya, dengan cara tersebut peminat atau masyarakat luar lebih menghormati kerjaya dan peribadi seorang selebriti.

Sementara itu, bercerita tentang filem KIL terbitan Grand Brilliance, Cris yang memeggang watak sebagai Zara berkata adegan dalam lif merupakan paling sukar untuk dilakonkannya.

"Babak dalam lif paling susah kerana kita perlu melakonkan dengan cepat kerana hanya satu sahaja lif di rumah pangsa itu,

"Itu pun dalam beberapa jam juga terpaksa menghentikan lif, kesian dengan penduduk di situ yang terpaksa menunggu," katanya.

Cris turut berpuas hati dengan filem pertama lakonannya dan berharap ia dapat menghiburkan penonton dan peminat filem tempatan.

Filem KIL mengisahkan tentang Akil (KIL) seorang pemuda yang tertekan dan cenderung untuk membunuh diri namun sering gagal sehingga bertemu seorang wanita bernama Zara.

Filem KIL akan berada di pawagam pada 30 Mei ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain