suria

Program RTM Kurang Sambutan, JKKN Tetap Salur Produk Baru

Datuk Norliza Rofli
Datuk Norliza Rofli
Datuk Norliza Rofli

PETALING JAYA: Kesukaran program-program RTM (Radio Televisyen Malaysia) mendapat sambutan besar penonton bukan penghalang buat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bekerjasama dengan stesen televisyen (TV) tersebut dalam meyalurkan produk-produk baru.

Ketua Pengarah JKKN, Datuk Norliza Rofli berkata, pihaknya mempunyai alasan tersendiri sebab-sebab mereka membuat kerjasama dengan pihak RTM memandangkan kedua-dua pihak mempunyai matlamat sama iaitu menyampaikan mesej-mesej positif kepada penonton.

"Kalau sebut RTM memang orang bayangkan betapa susah untuk menyebarkan informasi dalam sesebuah rancangan TV berbanding stesen TV komersial lain yang semakin bertambah.

"Tetapi kita sendiri sedar mahu atau tidak, kira perlu berdepan dengan cabaran dan persaingan stsen televisyen lain tanpa paksi komersial.

“Komersial itu bukan teras utama kepada RTM kerana sebagai saluran kerajaan ada mesej positif yang perlu diutamakan,” katanya.

Tambah Norliza, buat masa ini, pihaknya lebih senang menyalurkan program-program TV kepada pihak RTM dan belum merancang untuk bekerjasama dengan pihak stesen TV lain.

Sehingga kini, JKKN telah menerbitkan dua program iaitu iaitu Mimpi Ke Bintang dan Lantai Cilik yang sudah pun tamat siarannya sekitar Mac dan April lalu.

Terbaharu, JKKN muncul dengan program seterusnya iaitu My Ekspresi, sebuah rancangan pencarian bakat jurureka tari.

Beritahu Norliza, pertandingan itu sebagai ruang untuk tenaga kreatif menyalurkan bakat mereka dengan lebih khusus dan ia terbuka buat semua untuk menyertainya.

“Saya sedar berlaku situasi di mana ada tenaga kreatif persembahan seni ini tidak diendahkan industri seni kita tanpa sedar, maka menerusi program ini, kita menyediakan platform untuk mereka menyerlahkan bakat yang ada," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain