suria

Ozzy Osbourne Tuduh Isteri Ingin Bunuhnya

Ozzy (kanan) dan Sharon dilaporkan telah tinggal berasingan dan akan bercerai.
Ozzy (kanan) dan Sharon dilaporkan telah tinggal berasingan dan akan bercerai.
Ozzy (kanan) dan Sharon dilaporkan telah tinggal berasingan dan akan bercerai.

KETAGIHAN dadah dan alkohol telah membuatkan penyanyi Ozzy Osbourne sering berprasangka buruk isterinya, Sharon sedang merancang untuk membunuhnya.

Dailystar melaporkan Sharon yang tidak tahan dengan tuduhan itu bertindak keluar daripada kediaman mewah mereka apabila suaminya itu sering mengamuk dan tidak tidur selama enam hari berturut-turut.

Sumber terdekat keluarga itu turut mendedahkan Ozzy sering menjerit di dalam rumah sambil memberitahu isterinya cuba membunuhnya.

"Ozzy tahu dia telah membuat hidup isterinya sengsara tetapi kebenarannya adalah dia langsung tidak ingat kejadian yang pernah berlaku.

"Hidupnya tidak terurus selain menuduh Sharon cuba membunuhnya dan itu membuatkan Sharon patah hati," kata sumber itu.

Sharon dan Ozzy dilaporkan akan bercerai selepas 30 tahun berkahwin.

Artikel Lain