suria

Ronan Keating Jayakan Bella Awards 2013

Ronan Keating
Ronan Keating
Ronan Keating

PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa Ronan Keating mengesahkan untuk hadir bagi menjayakan malam kemuncak Bella Awards 2013 terbitan ntv7 yang akan berlangsung pada 2 Mac depan.

Stesen televisyen itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada mStar Online di sini pada Rabu berkata, penyanyi berusia 35 tahun itu hadir bagi memulakan siri jelajah Fires Live 2013 dan meraikan wanita menerusi anugerah pertama untuk golongan itu.

“Ronan juga bakal membuat penampilan istimewa dalam acara karpet merah Sparkle Carpet yang akan diasakan pada hari yang sama pukul 8.30 malam di ntv7 dan TV9,” kata kenyataan itu.

Vokalis kumpulan Boyzone itu sinonim dengan lagu-lagu popularnya seperti When You Say Nothing at All, Life is a Rollercoaster dan Lovin Each Day.

Beliau dikatakan menjanjikan satu persembahan mantap dalam acara itu.

Sepanjang 20 tahun penglibatannya dalam bidang muzik, Ronan pernah memenangi beberapa anugerah seperti Smash Hits Best Solo Male dan World Music Award untuk jualan album artis Ireland paling laris.

Kehadirannya dalam malam kemuncak Bella Awards 2013 dijangka dapat memeriahkan lagi acara tersebut.

Bella Awards 2013 akan diadakan di Hotel Hotel Royale Chulan, dekat sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain