Kumpulan Zivilia Bakal Duet Dengan Najwa Latif - Hiburan | mStar

Kumpulan Zivilia Bakal Duet Dengan Najwa Latif

Tiga pemuda kacak menamakan mereka Zivilia.
Tiga pemuda kacak menamakan mereka Zivilia.

KUALA LUMPUR: Kumpulan muzik dari Indonesia yang terkenal dengan lagu Aishiteru iaitu Zivilia berhasrat untuk merakamkan dua buah lagu bersama penyanyi remaja, Najwa Latif dalam masa terdekat.

Vokalinya Zulkifli atau Zul berkata, perancangan itu dibuat selepas tertarik dengan sebuah video Najwa yang menyanyikan kembali lagu popular mereka itu di laman YouTube.

"Ramai yang menyanyikan semula lagu itu namun dalam ramai-ramai kami paling tertarik dengan Najwa dan versinya menerusi lagu Aishiteru paling sempurna.

"Kami bercadang untuk merakamkan kembali karya itu versi duet dan sebuah lagu baru khas buat peminat di Malaysia," jelasnya ketika ditemui selepas majlis pelancaran album sulung mereka berjudul Aishiteru di Hard Rock Cafe di sini, Selasa.

Tambah Zul, selain tertarik dengan suara Najwa yang disifatkan mempunyai keunikan, mereka turut tertarik dengan kebolehan Najwa bermain gitar dan menulis lagunya sendiri.

"Kami sering mengikuti perkembangannya menerusi YouTube dan lagu Kosong menjadi kegemaran kami," katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata, pihaknya sudah bertemu dengan pengurus Najwa mengenai projek tersebut dan berharap ia dapat dilaksanakan secepat mungkin.

"Semasa bertemu pada persembahan di Dataran Merdeka tempoh hari kami sempat bertemu dengannya dan Najwa juga teruja dengan projek tersebut," ujarnya.

Sementara itu, Zul berkata, untuk album terbaharu itu, mereka masih mengekalkan konsep Melayu Deli selain mencampurkan muzik pop Jepun (J-Pop) dalam lagu-lagu mereka.

Zul menjelaskan, gabungan itu sesuatu yang berbeza dan menjadikan ia sebagai identiti kumpulan yang turut dianggotai oleh Idham (bass) dan Obot (drum).

"Kami ingin memartabatkan muzik Melayu yang boleh diterima ramai namun ia perlu bersesuaian dengan kehendak pendengar dan kombinasi J-Pop nyata telah menarik perhatian peminat," jelasnya.

Sebanyak 12 buah lagu dimuatkan dalam album itu seperti Kokoro No Tomo, Setia, Aishiteru, Harga Diri, Sesal, Cerita Malam, Tak Terlupakan dan Pintu Taubat.

Dalam perkembangan lain, Zul berkata mereka tidak menyangka dapat mencipta nama di Malaysia dan berhasrat untuk kembali lagi bertemu peminat-peminat di negara ini.

"Sokongan yang diberikan cukup membuatkan kami terharu dan tidak menyangka Zivilia popular di Malaysia.

"Malah semasa kami bersiar-siar sentiasa ada peminat yang menegur dan bergambar dengan kami," jelasnya

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel