suria

Rancangan '30 Rock' Tamat Selepas Tujuh Musim

Imej menunjukkan Tina Fey sebagai Liz Lemon (kiri) dan Jane Krakowski menjadi Jenna Maroney dalam satu adegan penutup "30 Rock."
Imej menunjukkan Tina Fey sebagai Liz Lemon (kiri) dan Jane Krakowski menjadi Jenna Maroney dalam satu adegan penutup
Imej menunjukkan Tina Fey sebagai Liz Lemon (kiri) dan Jane Krakowski menjadi Jenna Maroney dalam satu adegan penutup "30 Rock."

LOS ANGELES: Rancangan 30 Rock di Amerika Syarikat yang menerima Anugerah Komedi akhirnya tersungkur selepas tujuh musim bersiaran sehingga menjadikan pelakonnya iaitu Tina Fey dan Alec Baldwin digilai ramai.

Rancangan yang menerima banyak anugerah selain mengundang pelbagai personaliti termasuklah Oprah Winfrey, Jennifer Aniston dan Calvin Klein itu menamatkan siarannya pada Khamis di studio televisyen NBC.

30 Rock yang pada kali pertama bersiaran iaitu pada bulan Oktober 2006 semakin kurang memberangsangkan berbanding Saturday Night Live kendalian Fey yang terkenal kerana kebolehannya meniru calon timbalan presiden Republikan, Sarah Palin.

Walaupun siri berkenan cuba menyampaikan humor “di luar dinding” malangnya ia sering kali memaparkan komedi politik yang salah dan gagal mempengaruhi penonton sebaliknya lebih kepada persembahan untuk “rakan” atau “keluarga moden”.

Bagaimanapun ia selalu menerima kejayaan sehingga memenangi komedi terbaik selama tiga tahun berturut-turut sejak 2007 menerusi anugerah Emmy dan juga Golden Globe. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain