suria

Michael J Fox Larang Taylor Swift Dekati Anaknya

Michael J. Fox ketika hadir ke Anugerah Golden Gloe bersama isterinya, Tracy Pollan dan anak lelaki mereka, Sam Fox.

GURAUAN yang dilakukan oleh pengacara, Tina Fey semasa di Anugerah Golden Globe baru-baru ini tentang penyanyi Taylor Swift dan anak lelaki kepada pelakon Michael J Fox ternyata dipandang serius oleh bintang filem Back to the Future itu.

Laman Daily Mail melaporkan, Michael memberitahu dia tidak akan membenarkan anaknya, Sam mendekati penyanyi lagu You Belong to Me itu kerana bimbang Taylor akan mengecewakan anaknya.

"Saya tidak akan membiarkannya kerana Taylor akan menulis lagu tentang setiap lelaki yang pernah bercinta dengannya bukan? Saya tidak mahu itu terjadi kepada anak lelaki saya," jelasnya.

Semasa Anugerah Golden Globe, Tina secara bergurau telah menyindir perjalanan cinta Taylor selain memberitahu dia akan mendekati anak Michael.

Tidak hanya itu, Taylor juga dilaporkan pernah cuba mendekati Bradly Cooper namun tidak dilayan oleh pelakon itu kerana menganggap Taylor terlalu muda untuknya.

Taylor sendiri baru sahaja menamatkan hubungannya dengan Harry Styles daripada kumpulan One Direction kerana tidak mempunyai persefahaman.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain