suria

Shah Iskandar Pasang Strategi Mahu Menang ABPBH2012

Shah Iskandar
Shah Iskandar
Shah Iskandar

PETALING JAYA: Pelakon baru Shah Iskandar tidak mahu berbohong sebalik mengimpikan harapan untuk memenangi pencalonan Artis Baru Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012) yang bakal berlangsung pada 7 April depan.

Shah atau nama sebenarnya Shah Iskandar Mahfuz, 31, berkata, walaupun agak terkejut dengan pencalonan itu, namun dia telah menetapkan beberapa strategi untuk memenangi hati peminat bagi meraih peluang berkenaan.

“Saya sudah merancang beberapa perkara agar pencalonan saya dalam ABPBH2012 pada kali ini mendapat sokongan tidak berbelah bagi daripada peminat,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Dalam ABPBH2012 kali ini pelakon tersebut akan beradu nasib dengan Aiman Hakim Ridza, Izzue Islam, Jimmy Palikat dan Taiyudin Bakar bagi merebut kemenangan sebagai Artis Baru Lelaki Popular.

Tambah bintang kelahiran Singapura ini, antara strategi yang perlu dia lakukan ialah banyak berinteraksi dengan peminat untuk mengambil hati mereka menerusi medium laman sosial iaitu Twitter dan juga Facebook yang dimilikinya.

Buat masa ini pengikut di Twitternya mencatatkan lebih 30,000 pengikut sementara akaun Facebook pula sudah penuh.

Selain itu dia juga berjanji untuk kerap turun padang dalam setiap siri jelajah yang akan diadakan agar usaha mendekati kelompok peminatnya dapat dilakukan.

Ditanya tidakkan dia mahu mengambil pendekatan mengundi diri sendiri dengan mengisi borang pencalonan yang disiarkan di akhbar, kata Shah, pendekatan itu tidak wajar kerana hasratnya adalah untuk mengukur sejauh manakah dia popular di kalangan peminat.

“Kalau saya yang mengundi diri sendiri, saya tak akan tahulah saya ini popular ataupun tidak di kalangan peminat-peminat saya. Adalah lebih baik strategi saya dengan menggunakan media sosial yang saya ada,” katanya.

Shah juga tidak menolak kontroversi kononnya dia bercinta dengan Rozita Che Wan sehingga menimbulkan rasa kurang senang Zain Saidin antara faktor penyumbang kepada peningkatan popularitinya.

Sementara itu dalam perkembangan lain Shah bersama pelakon Kilafairy berangkat ke India pada Sabtu dan dijangka pulang pada 23 Januari ini untuk menjalani penggambaran drama bersiri 13 episod berjudul Cinta Agra terbitan Zeel Productions.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain