suria

Program Menarik Disney Channel Sepanjang Cuti Sekolah

Cinderella.
Cinderella.
Cinderella.

PETALING JAYA: Saluran Disney Channel (Astro 615) telah menyusun pelbagai program hiburan menarik sepanjang bulan Disember dan bersempena cuti sekolah.

Antara program yang dijangka mendapat perhatian penonton adalah kisah dongeng popular Cinderella yang dibahagikan kepada tiga siri iaitu Cinderella, Cinderella 2: Dreams Come True dan Cinderella 3: A Twist in Time.

Disney Channel juga bakal menayangkan filem Beauty and the Beast menerusi slot Disney Princess untuk penggemar saluran kanak-kanak itu.

Tambah istimewa, saluran itu turut menyiarkan program Just Kidding, Kids Only yang memaparkan aksi nakal kanak-kanak di atas kanak-kanak lain untuk hiburan keluarga.

Ia disiarkan setiap hujung minggu bermula 8 Disember pukul lima petang.

Sementara itu, sambutan Tahun Baru 2013 diserikan dengan filem kegemaran Disney seperti Tinker Bell, Phineas and Ferb: Across the 2nd Dimension dan High School Musical 3 untuk tontonan seisi keluarga.

Berikut adalah senarai program yang bakal disiarkan di saluran Disney Channel sepanjang musim cuti ini.

Movie Mania Bersempena Tahun Baru

31 Disember, Isnin, 8 pagi hingga 12.30 pagi - Tinker Bell, Phineas and Ferb: Across the 2nd Dimension dan High School Musical 3.

Istimewa Disney Princess

Siaran filem setiap selang hari Sabtu, 10 pagi (17 November, 1, 15 & 29 Disember):

17 November - Cinderella 1 Disember - Cinderella 2: Dreams Come True 15 Disember - Cinderella 3: A Twist in Time 29 Disember - Beauty and the Beast.

8 Disember, setiap Sabtu dan Ahad, 5 petang - Just Kidding, Kids Only.

2 episod berturut-turut setiap hari pukul 9 pagi - Phineas and Ferb.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain