suria

Paul McCartney Hampir Terbunuh Akibat Kemalangan Helikopter

Paul McCartney berkongsi pengalaman ngerinya apabila dia dan isterinya, Nancy Shevell, hampir terbunuh akibat kemalangan helikopter.

BEKAS ahli kumpulan The Beatles, Paul McCartney berkongsi pengalaman ngerinya apabila dia dan isterinya, Nancy Shevell, hampir terbunuh akibat kemalangan helikopter yang dinaiki mereka pada 3 Mei lalu.

Menurut laporan portal Digital Spy, ketika sedang dalam perjalanan pulang dari London, juru terbang mereka gagal mendaratkan helikopter Sikorsky S-76C gara-gara cuaca buruk yang melanda.

"Helikopter itu hilang kawalan dan ia tersangkut pada dahan pokok. Mujurlah juruterbang dapat menghentikan enjin dengan serta merta sebelum terjadi sesuatu yang lebih buruk.

"Walaupun berasa lega namun insiden tersebut sangat mengerikan," katanya.

Dengan bantuan pihak bomba dan polis, helikopter berkenaan dibawa ke lapangan Lydd.

Pihak polis menyatakan kejadian itu sangat serius kerana ia boleh meragut nyawa penumpang pada bila-bila masa sahaja.

Artikel Berikut

Artikel Lain