YunaKUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna berjaya mengatasi artis lain apabila memperoleh lima pencalonan dalam anugerah Shout Awards 2012 yang akan diadakan pada 23 November depan di Surf Beach, Sunway Lagoon, dekat sini.Ia akan berlangsung pada pukul 8.30 malam dan disiarkan menerusi saluran 8TV. Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 26, dicalonkan bagi kategori anugerah Popstar, Power Vocal, Music Video dan Wired Celebrity.Dia turut dicalonkan dalam kategori Fresh TV Series menerusi rancangan Yuna-Bintang Di Langit terbitan Astro Ria.Menyusuli Yuna ialah penyanyi Najwa Mahiaddin dengan tiga pencalonan iaitu anugerah Popstar, Music video dan Breakout.Dalam pada itu, Mizz Nina mendapat dua pencalonan bagi kategori Flava dan Music Video.Selain itu, pelakon Nur Fazura, Lisa Surihani, Marion Rose Counter, Maya Karin, Nora Danish dan Scha Al Yahya dicalonkan bagi kategori Hot Chick.Barisan calon untuk kategori Hot Guy pula ialah Aaron Aziz, Hans Isaac, Henry Golding, Remy Ishak, Shaheizy Sam dan Zizan Razak.Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza dicalonkan bagi kategori Popstar. Antara nama lain yang turut bertanding ialah kumpulan Bunkface, hujan, Estrange, Faizal Tahir, Aizat, Azlan the Typewriter, Black, Shila Amzah, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz dan Maya Karin.Bagi kategori Coolest Radio Announcer menyaksikan pertembungan di antara Faizal Ismail dan Fara Fauzana (Hot FM), Nabil Ahmad (Suria FM), serta barisan penyampai Fly FM iaitu Hafiz Hatim, Hunny Madu dan Phat Fabes.Shout Awards 2012 turut menyaksikan muka-muka baru yang mewarnai pencalonan tahun ini seperti Diandra Arjunaidi, Go Gerila!, Kyoto Protocol, Massacre Conspiracy dan Oh! Chentaku.Pengumuman pencalonan dilakukan oleh Julie Woon dan Adam Zain.Ia diadakan di Vertigo, The Garde Midvalley, di sini, pada malam Jumaat.Pemilihan pemenang menerusi anugerah ini dilakukan melalui undian yang boleh diikuti menerusi www.shoutawards.com.my.Sementara itu, Pengurus Besar 8TV dan ntv7, Airin Zainul, berkata, Shout Awards 2012 turut membuka peluang kepada khalayak untuk melibatkan diri dalam bengkel khas iaitu 'Shout Movement!' yang akan berlangsung pada 11 November depan di Publika, Solaris Dutamas, dekat sini."Bengkel itu memberi peluang kepada golongan muda untuk mempelajari perkara baru berkaitan industri hiburan serta mempamerkan bakat-bakat kreatif masing-masing."Beberapa selebriti akan hadir untuk berkongsi pengalaman mereka."Selain itu kempen ‘RT ME!’ di laman sosial Twitter turut dilancarkan bersempena dengan ‘Shout Movement!’ untuk menggalakkan orang ramai terlibat dalam bengkel ini," katanya.Berikut adalah senarai pencalonan Shout Awards 2012 Rockstar Award1. Bunkface2. Estranged3. Faizal Tahir4. Hujan5. Love Me Butch6. Monoloque Popstar Award1. Aizat Amdan2. Datuk Siti nurhaliza3. Hafiz4. Jaclyn Victor5. Najwa Mahiaddin6. Yuna Power Vocal Award1. Azlan & The Typewrit2. Black3. Faizal Tahir4. Jaclyn Victor5. Shila Amzah6. Yuna Flava Award1. Altimet, Joe Flizzow & Sonaone2. Black & Malique3. Malique & Jamal Abdillah4. Malique & Rabbani5. Mizz Nina6. Zizan & Kaka Music Video Award1. Mizz NIna2. Najwa Mahiaddin3. One Buck Short4. Shila Amzah5. The Azenders6. Yuna Break Out Award1. Diandra Arjunaidi2. Go Gerila!3. Kyoto Protocol4. Massacre Conspiracy5. Najwa Mahiaddin6. Oh! Chentaku Best On-Screen Chemistry Award1. Awie, Johan & Usop Wilcha (Hantu Kak Limah Balik Rumah)2. Zizan Razak & Aaron Aziz (KL Gengster)3. Remy Ishak & Tiz Zaqyah (Nur Kasih The Movie)4. Aaron Aziz & Maya Karin (Ombak Rindu)5. Josiah Hogan & Iedil Putra (Projek Pop)6. Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6) Fresh TV Series Awards1. Betul Ke Bohong?2. Friday I’m In Love3. Projek Pop4. Tentang Dhia5. Versus6. Yuna – Bintang Di Langit Breakthrough Local Feature Award 1. Bunohan2. Hantu Kak Limah Balik Rumah3. Hikayat Merong Mahawangsa4. Nur Kasih The Movie5. Ombak Rindu6. Songlap Favourite TV Program Award1. Anugerah Juara Lagu Ke-262. Karoot Komedia X (RAYA)3. Maharaja Lawa Mega (FINAL)4. Showdown 20125. Super Spontan6. Versus – Konfrontasi Terakhir Favourite TV Personality Award1. Adibah Noor (Super Spontan)2. Hafiz Hatim (Showdown 2012)3. Henry Golding (Welcome To The Rail World)4. Johan (Raja Lawak Musim 6)5. Razif Hashim (Best In The World)6. Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6) Coolest Radio Announcer Award1. Faizal Ismail (Hot FM AM Krew)2. Fara Fauzana (Hot FM AM Krew)3. Hafiz Hatim (Fly FM - Pagi Rock Krew)4. Hunny Madu (Fly FM - Malaysia's Hottest Music)5. Nabil Ahmad (Ceria Pagi Di Suria)6. Phat Fabes (Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show) Favourite Radio Show Award1. 33RPM2. Dansa ERA Bersama Nazpoleon, G dan DJ Fuzz3. Fly FM - Stripped4. Fly FM - Pagi Rock Krew5. Fly FM - The Phat Fabes & Ben Show6. TOP 5 - Panggilan Hangit Hot Chick Award1. Nur Fazura2. Lisa Surihani3. Marion Rose Counter4. Maya Karin5. Nora Danish6. Scha Al Yahya Hot Guy Award1. Aaron Aziz2. Hans Isaac3. Henry Golding4. Remy Ishak5. Shaheizy Sam6. Zizan Razak Wired Celebrity Award - (Selebriti aktif di Twitter)1. AG COCO - @agcoco2. ALTIMET - @altimet3. CELEPETS - @DaphCLPT, @SazzyFalakCLPT, @YasminHaniCLPT, @AtiliaCLPT, @AishahJennifer, @dynasCLPT4.FATIMAH ABU BAKAR - @fatibee5. SOFIA JANE - @MemHanyut6.YUNA - @yunamusic Shout! Aloud Award (Individu berbakat menerusi YouTube)1. Faradyable2. IniAnwarHadi3. JinnyoyTV4. Matluthfi905. Popteevee6. The WKND