suria

Neelofa Akui Selesa Dengan Hans

Neelofa
Neelofa
Neelofa

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Neelofa menganggap Hans Isaac sebagai rakan rapat yang sentiasa dihubunginya jika ada kelapangan kerana dia berasa selesa berkawan rapat aktor dan penerbit itu.

Menurut laporan Kosmo pada Khamis, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, Hans merupakan rakan lelaki yang akan dihubunginya apabila dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran.

Justeru, kata Neelofa, dia tidak menafikan mereka pernah keluar bersiar-siar pada waktu terluang.

"Saya tidak mahu mengiakan atau menafikan apa-apa terjadi tetapi Hans adalah di kalangan kenalan rapat saya," katanya.

Pada Isnin lalu, mStar Online melaporkan lelaki berusia 41 tahun itu mengakui sedang menjalin hubungan yang serius dengan pengacara program Nona itu.

Neelofa berkata, selepas ini dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan kisah cinta bersama Hans kerana mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya terlebih dahulu.

"Saya tidak mahu perkara ini meleret-leret dan saya perlu hormati perasaan Hans yang baru kematian ibunya, baru-baru ini," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain