suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang & Ashanty Pilih Phuket Untuk Berbulan Madu

Anang dan isterinya Ashanty.
Anang dan isterinya Ashanty.
Anang dan isterinya Ashanty.

JAKARTA: Pasangan selebriti Anang Hermansyah dan Ashanty Siddik terpaksa melupakan hasrat untuk berbulan madu ke Maldives kerana pertembungan tempoh percutian itu dengan jadual kerja masing-masing.

“Sepatutnya kami akan terbang ke Maldives pada Jumaat ini tetapi hasrat itu terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir.

“Ini kerana tiket penerbangan itu pada sebelah malam dan kebetulan bertembung dengan jadual persembahan nyanyian. Maka, kami terpaksa lupakan hasrat itu buat masa ini,” kata Ashanty kepada portal Kapanlagi.com.

Bagaimanapun, Ashanty berkata, dia dan suami sudah menemui lokasi berbulan madu yang baru sebagai ganti iaitu di Phuket, Thailand.

“Akhirnya kami berdua akan berbulan madu ke Phuket, Thailand, pada Jumaat ini. Ini adalah kali pertama kami bercuti berdua-duaan,” katanya.

Anang dan Ashanty bernikah pada 12 Mei lalu di Masjid Albina, Senayan di sini selepas setahun setengah menjalinkan hubungan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Amar Asyraf Bikin Orang Keliru

Artikel Lain