suria

Pekerja Dilarang Memandang Wajah Jennifer Lopez

Jennifer tidak membenarkan pegawainya bercakap dengannya.
Jennifer tidak membenarkan pegawainya bercakap dengannya.
Jennifer tidak membenarkan pegawainya bercakap dengannya.

PENYANYI terkenal Jennifer Lopez mempunyai satu peraturan tegas terhadap pegawai dan pekerja yang berkhidmat dengannya.

Jennifer, 42, dilaporkan melarang pekerjanya untuk berinteraksi dengannya secara langsung malah turut tidak menggemari mereka memandang wajahnya.

"Jennifer cukup tidak suka jika ada pegawai atau pekerja yang memandang wajahnya apatah lagi berbicara dengannya," ujar sumber terdekat penyanyi itu kepada Daily Star.

Menurut sumber itu lagi, peraturan itu turut membabitkan individu yang telah lama berkhidmat dengannya.

Ini bukan kali pertama Jennifer dituduh berlagak diva kerana sebelum ini dia sering membuat permintaan yang tidak munasabah jika terlibat dalam sesuatu acara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain