suria

Pertemuan Robert Pattinson & Kristen Stewart Mungkin Memalukan

Wajah terbaru Robert yang dirakamkan pada 16 Ogos semasa dia membuat kemunculan untuk mempromosikan filem terbarunya, Cosmopolis di New York.

SEJAK berpisah beberapa minggu lalu, Robert Pattinson dan Kristen Stewart belum pernah berjumpa. Bagaimanapun kedua-dua mereka dijangka bakal bertemu sempena Anugerah MTV yang bakal diadakan beberapa minggu lagi.

Daily Mirror melaporkan, acara yang bakal berlangsung di Los Angeles itu akan menjadi detik pertemuan pertama sejak insiden kecurangan Kristen dan Rupert Sanders terbongkar.

Pada majlis anugerah itu nanti, bintang “Twilight” tersebut dijadualkan hadir untuk menerima penghargaan bagi kecemerlangan mereka menerusi filem tersebut.

Bagaimanapun jurucakap kedua-dua pihak masih belum mengesahkan kehadiran mereka berdua.

"Jika mereka hadir ia akan menjadi acara anugerah paling memalukan dan rasanya kedua-dua mereka tidak akan muncul," ujar sumber kedua-dua pelakon itu.

Artikel Lain