suria

Kejutan Giring (Nidji) Buat Isteri Menangis

Giring dan isterinya, Chyntia Reza.
Giring dan isterinya, Chyntia Reza.
Giring dan isterinya, Chyntia Reza.

VOKALIS kumpulan Nidji iaitu Giring telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

Isterinya, Chyntia Riza mendedahkan perkara itu dan menganggap hadiah tersebut sangat istimewa buat dirinya.

"Cincin ini adalah tanda ingatan dia kepada saya dan ia sentiasa berada di jari saya," ujarnya.

Giring sebelum ini pernah memberitahu tidak sempat membelikan hadiah untuk isterinya itu namun pendedahan Chyntia menceritakan sebaliknya.

"Dia seorang yang romantik sebenarnya," kata Chyntia.

Tambah Chyntia, ini bukan kali pertama suaminya membuat kejutan kepadanya kerana sebelum ini Giring sering mengadakan majlis khas buatnya selain beberapa hadiah istimewa lain.

"Dia suka buat kejutan yang kadang-kadang sampai saya menitiskan air mata," ujarnya.

Giring dan Chyntia berkahwin pada Julai 2010 dan diraikan secara besar-besaran oleh kaum keluarga dan teman rapat.

Artikel Lain