suria

Kylie Minogue Selar Imej Murah Madonna

Kylie Minogue.
Kylie Minogue.
Kylie Minogue.

PENYANYI pop terkenal Australia, Kylie Minogue menyelar tindakan Madonna yang sengaja mendedahkan buah dadanya kepada peminat semasa mengadakan konsert di Istanbul, Turki baru-baru ini.

Minogue mempersoalkan tindakan penyanyi itu dan menganggap ia adalah perbuatan yang tidak seharusnya dilakukan oleh Madonna.

"Saya tertanya-tanya jika Madonna ada melihat gambar atau menonton rakaman video apabila dia membuat aksi tersebut.

"Rasanya sebagai wanita yang telah berusia tindakan itu tidak sewajarnya dilakukan olehnya," katanya.

Dalam pada itu, juga turut mempersoalkan pemilihan pakaian diva berusia 53 tahun itu yang dianggap berlebihan dan tidak sesuai dengan usianya.

Ujar Minogue, pakai pasukan sorak yang digayakan Madonna adalah tidak sesuai dan penyanyi itu kelihatan “murah” dan membosankan.

"Madonna adalah seorang ikon dan terkenal dan tiada apa lagi yang perlu dia buktikan dengan menggayakan pakaian pasukan sorak semasa konsert," katanya.

Minogue membuat ulasan itu semasa dijemput sebagai tetamu undangan program Fashion Police di saluran E! baru-baru ini yang mengkritik tentang pakaian selebriti popular.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain