suria

Sheryl Crow Disahkan Hidap Tumor Otak

Shreyl Crow menghidap tumor otak peringkat awal.
Shreyl Crow menghidap tumor otak peringkat awal.
Shreyl Crow menghidap tumor otak peringkat awal.

PENYANYI Sheryl Crow baru-baru ini telah membuatkan para peminatnya tercengang kerana gagal menghafal lirik lagunya sendiri.

Risau dengan keadaan tersebut, Crow telah menjalani pemeriksaan dan memberitahu doktor mengesahkan dirinya menderita sejenis tumor otak yang dipanggil Meningioma.

Crow membuat pendedahan itu pada Isnin lalu.

"Saya bimbang dengan kelemahan memori saya sejak akhir-akhir ini dan selepas membuat pemeriksaan doktor mendapati saya mengalami tumor otak.

"Saya tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya dan benar apa yang saya fikirkan," katanya.

Bagaimanapun kata Crow, dia bernasib baik kerana tumor itu masih di peringkat awal dan boleh dirawat.

Artikel Lain