'Evanescence' Teruja Dengan Konsert Malam Ini - Hiburan | mStar

'Evanescence' Teruja Dengan Konsert Malam Ini

Kumpulan Evanesence bakal tampil dalam konsert Live in Malaysia 2012 pada malam ini. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Kumpulan Evanesence bakal tampil dalam konsert Live in Malaysia 2012 pada malam ini. - Foto oleh SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock dari Amerika Syarikat, Evanescence (gambar) mengakui berasa bangga dengan kemunculan semula mereka di persada muzik selepas lima tahun berehat.

Vokalisnya Amy Lee, berkata sambutan yang baik terhadap album ketiga berjudul Evanescence itu memberikan kepuasan kepada mereka sebagai penggiat muzik.

"Kami sangat berbangga dengan album ini dan menyifatkan ia sebagai karya terbaik setakat ini.

"Tempoh berehat untuk sekian lama, membolehkan kami menghasilkan lagu-lagu yang lebih baik dan berbeza," katanya.

Kumpulan ini ditemui pada sesi temu ramah bersama media yang berlangsung di Hotel Hilton, di sini, petang Khamis.

Kunjungan kumpulan yang terkenal dengan lagu Bring Me To Life ini adalah bersempena sesi jelajah album tersebut yang mula dipasarkan sejak Oktober tahun lalu.

Evanescence yang turut dianggotai Terry Balsamo (gitar), Troy McLawhorn (gitar), Tim McCord (bass, sythesizer) dan Will Hunt (dram) ini bakal mengadakan konsert sulung mereka, Evanescence Live in Malaysia pada pukul 8.30 malam Khamis (malam ini) di KL Live, di sini.

Ketika ditanya mengenai reaksi mereka berhubung kritikan positif pengkritik muzik terhadap album berkenaan, Lee berkata mereka gembira dan berasa puas kerana eksperimen muzik terbaru itu diterima baik.

"Ia adalah sesuatu yang membanggakan kerana album terbaru itu dihasilkan dengan gabungan pelbagai elemen.

"Muziknya lebih dinamik dan dekat dengan kami. Ia satu eksperimen baru yang melonjakkan muzik kami ke tahap lebih tinggi," katanya.

Berkongsi perasaan mereka mengenai konsert malam Khamis, Lee berkata kunjungan ke Malaysia merupakan salah satu daripada misi mereka sebagai artis.

"Kami terlalu teruja kerana akhirnya berpeluang untuk tiba di Malaysia. Kami sudah tidak sabar untuk beraksi di hadapan peminat di sini," katanya yang akan mengenakan imej berbeza pada persembahannya berbanding kebiasaannya berwarna hitam.

Sebelum ini, kumpulan yang ditubuhkan pada 1995 oleh Lee dan bekas pemain gitar Ben Moody di Little Rock, Arkansas ini pernah mengeluarkan dua album studio iaitu Fallen (2003) dan The Open Door (2006).

Konsert pada Khamis dibawakan oleh JS Concert Productions dengan kerjasama Warner Music Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain