suria

Langgar Peraturan, Restoran Milik Jay-Z Diarah Tutup

Jay-Z.
Jay-Z.
Jay-Z.

TIDAK sampai 24 jam beroperasi, restoran Club 40/40 milik suami penyanyi Beyonce diarahkan tutup oleh Jabatan Kesihatan New York city apabila pihak mereka mendapati premis tersebut melanggar syarat-syarat ditetapkan oleh jabatan itu.

Aceshowbiz melaporkan, pegawai kesihatan mendapati resotoran itu telah melanggar 69 peraturan kesihatan yang diwajibkan untuk sesebuah premis makanan dan didakwa boleh menyebabkan bahaya kepada pengunjung.

"Walaupun restoran ini kelihatan mewah tetapi jika melanggar semua peraturan telah ditetapkan ia mungkin akan membahayakan pelanggan yang menikmati hidangan di situ," ujar pegawai tersebut.

Antara peraturan dilanggar adalah seperti suhu restoran yang tidak sesuai, kakitangan dalam keadaan tidak terurus, penyimpanan bahan makanan dalam suhu rendah dan keadaan daging hampir busuk turut ditemui selain beberapa perkara.

Keadaan restoran Club 40/40 yang teruk itu telah menyebabkan pihak berkuasa memberikan gred C dan diarahkan tutup serta merta.

Penutupan premis berkenaan bukan kali pertama apabila Mac tahun lalu ia pernah ditutup atas alasan sama dan Jay-Z sebelum ini telah menghabiskan hampir RM30 juta untuk mengubahsuai restoran tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Alec Baldwin Hilang 13 Kilogram

Artikel Lain