suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alec Baldwin Hilang 13 Kilogram

AKTOR sitkom popular, 30 Rock, Alec Baldwin muncul dengan penampilan baru dan kelihatan lebih langsing apabila kehilangan 13 kilogram.

Dia yang terkenal dengan susuk tubuh yang agak besar itu memberitahu memutuskan untuk mengurangkan berat badannya sekitar musim luruh lalu dengan mengamalkan pemakanan sihat dan senaman.

Baldwin yang kini sedang giat menjalani latihan yoga memberitahu Access Hollywood dia berjaya mengurangkan berat badannya hanya selama empat bulan.

"Sebelum ini saya sering berasa penat dan tidak bermaya terutama semasa menjalani penggambaran yang memakan masa panjang.

"Sebab itu saya memutuskan untuk mengurangkan berat badan terutamanya dalam pengambilan makanan bergula," ujarnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain