suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jennifer Aniston Kahwin Januari 2012

Jennifer Aniston
Jennifer Aniston
Jennifer Aniston

AKTRES Jennifer Aniston akan berkahwin dengan pasangannya, Justin Theroux, pada Januari 2012 dan sekali gus berjaya 'melangkau' bekas suaminya, Brad Pitt yang masih lagi belum mendirikan rumah tangga bersama Angelina Jolie walaupun sudah tujuh tahun bercinta.

Khabarnya Jennifer dan Justin sedang sibuk membuat persiapan majlis berkonsepkan perkahwinan Mexico.

Pasangan tersebut juga hanya mengundang serama 30 orang tetamu yang terdiri daripada rakan-rakan terdekat seperti Courteney Cox, Sheryl Crow, Tom Hanks, Adam Sandler, Owen Wilson dan Chelsea Handler.

"Jennifer akan berkahwin di kediaman seorang ahli perniagaan, Joe Francis di Cabo, San Lucas. Dia inginkan sebuah perkahwinan yang sederhana tetapi intim," kata seorang paderi, Kevin Huvane yang akan mengahwinkan pasangan tersebut kepada majalah How.

Teman rapat Jennifer yang enggan memberitahu namanya juga turut memberitahu bahawa Jennifer sudah pun menempah sepasang gaun perkahwinan daripada pereka terkemuka, Carolina Herrera.

"Jennifer telah memilih gaun satin berwarna karamel dan ia tampak sederhana. Begitu juga dengan Justin yang akan mengenakan tuksedo warna sedondon dengan bintang siri Friends itu," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia