suria

Reese Witherspoon Dilanggar Kereta

Reese Witherspoon
Reese Witherspoon
Reese Witherspoon

PEMENANG Anugerah Oscar, Reese Witherspoon dikejarkan ke hospital pagi semalam selepas dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 84 tahun.

Resse yang dilaporkan dilanggar pada pukul 11 pagi di Santa Monica ketika itu sedang berjoging dan semasa kejadian Reese dikatakan cuba untuk melintas jalan apabila sebuah kereta tidak berhenti di persimpangan tersebut.

Bagaimanapun, menurut wakil pelakon itu, kecederaan yang dialami olehnya tidak serius dan Reese kini berehat di rumah.

Reese bakal muncul dengan filem terbarunya, 'This Means War' disamping Tom Hardy dan Chris Pine.

Artikel Sebelum

Terbaru Daripada Beyonce Knowles

Artikel Berikut

Artikel Lain