Lady Gaga, Justin Bieber Peroleh Pendapatan Tertinggi - Hiburan | mStar

Lady Gaga, Justin Bieber Peroleh Pendapatan Tertinggi

Lady Gaga
Lady Gaga

MELBOURNE: Penyanyi Lady Gaga dan Justin Bieber merupakan selebriti yang mendapat bayaran tertinggi bagi bintang berusia bawah 30 tahun.

Lady Gaga,25, mendapat tempat pertama apabila mendapat AS$90 juta (RM180 juta) melalui konsert raksasanya termasuk keuntungan penjualan albumnya yang lain.

Daily Telegraph melaporkan, penyanyi ‘Poker Face’ itu menyambil tempat Beyonce yang mendapat AS$87 juta (RM261 juta) tahun lalu. Pada tahun ini Beyonce menduduki tempat kelapan senarai apabila dia hanya mendapat AS$35 juta (RM105 juta).

Penyanyi dari Kanada, Justin Bieber,17, pula menduduki tempat kedua apabila memperoleh pendapatan AS$53 juta (RM159 juta) sementara Miami Heat’s LeBorn mendapat AS$48 juta (RM144 juta)

Bintang tenis Roger Federer, 29, mengambil tempat keempat dengan AS$47 juta (RM141 juta) dan Taylor Swift, 21, menduduki tempat kelima dengan pendapatan AS$45 juta (RM135 juta)

Berikut ini senarai selebriti termasuk ahli sukan yang menerima pendapatan tertinggi berusia di bawah 30 tahun.

1)Lady Gaga (Umur, 25 tahun) : RM272 juta

2)Justin Bieber, 17 : RM159

3)Miami Heat's LeBron James, 26 : RM144 juta

4)Roger Federer, 29 : RM141 juta

5)Taylor Swift, 21 : RM135 juta

6)Katy Perry, 26 : RM132 juta

7)Cristiano Ronaldo, 26 : RM144

8)Beyonce, 29 : RM105 juta

9)Lionel Messi, 23 : RM96 juta

10)Rafael Nadal, 25 : RM93 juta

11)Rihanna, 23 : RM87 juta

12)Dwight Howard, 25 : RM84 juta

13)Dwayne Wade, 29 : RM78 juta

14)Carmelo Anthony, 27: RM75 juta

15)Lil Wayne, 28 : RM45 juta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain