suria

Rihanna & Chris Brown Berkawan Dalam Twitter

Rihanna
Rihanna
Rihanna

PERBUATAN penyanyi Chris Brown memukul Rihanna bukan sahaja melukakan penyanyi cantik itu bahkan para peminat turut merasai 'kesakitan' tersebut.

Bagaimanapun, ketika Rihanna mula berkawan semula dengan Chris menerusi akaun Twitter masing-masing, hal tersebut membuatkan para peminatnya bengang.

Pada Sabtu lalu, Rihanna membuat kejutan terhadap peminat-peminat apabila Chris menjadi pengikut Twitter Rihanna dan begitu juga dengan penyanyi lagu Rude Boy itu.

Hal tersebut membuatkan peminat-oeminat Rihanna sakit hati di sebabkan keterbukaan Rihanna untuk berkawan semula dengan bekas kekasihnya itu.

"Saya tak sangka yang kamu (Rihanna) kembali kepadanya (Chris). Dia bukan untuk kamu," tulis salah seorang peminat kepada Rihanna.

Kemudian Rihanna menjelaskan bahawa tiada apa yang berlaku diantaranya dan Chris dan tujuannya menjadi pengikut Chris di Twitter sekadar mahu seronok sahaja.

Selepas mendengar penjelasan itu, peminat penyanyi itu meminta maaf atas salah faham yang berlaku itu.

"Maafkan saya. Bukan bermaksud untuk menyakiti atau menyinggung perasaan kamu. Kami sekadar inginkan penjelasan," kata peminat tersebut.

Artikel Berikut

Kaki Jasmin Hamid Melecur

Artikel Lain