Parti Bujang Putera William Lebih 'Jinak' - Hiburan | mStar

Parti Bujang Putera William Lebih 'Jinak'

Kate Midleton dan Putera William
Kate Midleton dan Putera William

WALAUPUN parti bujang yang diadakan oleh Putera William sebelum melangkah ke alam rumah tangga cuba disembunyikan, nampaknya misi itu gagal.

Ini kerana teman rapatnya sendiri telah membocorkan rahsia itu dan menyifatkan parti bujang William agak 'jinak' dan tidak seperti yang disangka ramai.

"Kami percaya, orang luar pasti membayangkan parti tersebut akan ada kehadiran penari-penari bogel dan Willian akan dikelilingi oleh wanita-wanita cantik.

"Tetapi apa yang difikirkan ternyata silap kerana parti yang dianjurkan William ini lebih disifatkan sebagai 'jinak' dan dia bersama teman-temannya hanya membuat aktiviti menembak beberapa ekor merpati sahaja.

"Teman wanita William, Kate Midleton pasti seorang yang bertuah kerana memiliki kekasih yang sangat baik," kata sumber kepada The Sun.

Pada majlis tersebut, selain teman-teman rapat William, adiknya, Putera Harry turut memeriahkan acara tersebut.

Pasangan berkenaan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada 29 April depan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Rapunzel' tak potong rambut 28 tahun

Hujung minggu yang panjang pada 2019