suria

Reese Witherspoon Kahwin Lagi

SELEPAS tiga tahun menjadi ibu tunggal, aktres Reese Witherspoon (gambar) telah melangsungkan perkahwinannya dengan kekasihnya, Jim Toth pada Sabtu lalu.

Perkahwinan tersebut telah diadakan secara tertutup di kediaman mewah Reese di Ojai, California.

"Reese tampak begitu jelita ketika berjalan menuju ke altar dengan iringan lagu Here Comes The Bride. Mereka saling bertukar cincin yang direka khas oleh William Goldberg.

"Apa yang pasti, Reese kelihatan gembira dengan kehidupan barunya itu," kata jurucakap Reese kepada majalah People.

Majlis perkahwinan tersebut telah dihadiri seramai 100 orang tetamu dan kedua-dua anak Reese, Ava dan Deacon juga hadir bagi menyaksikan hari bahagia ibu mereka.

Beberapa selebriti yang antaranya seperti Renee Zellweger, Alyssa Milano, Tobey Maguire, Salma Hayek dan Robert Downey Jr, turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain