suria

Eja Mudah Melenting Selepas Jadi Ibu

Eja. - Foto THE STAR Oleh SAM THAM
Eja. - Foto THE STAR Oleh SAM THAM
Eja. - Foto THE STAR Oleh SAM THAM

PETALING JAYA: Pelakon Siti Shahrizah Saifuddin (Eja) akui mudah melenting terutamanya sekali apabila sesebuah penggambaran drama itu lewat dijalankan.

Kata Eja, dia bersikap sedemikian sejak bergelar ibu kepada Nur Eishal Mohd Silahuddin, yang sekarang berusia 18 bulan.

"Sejak mempunyai anak, saya sangat pentingkan masa dan jika penggambaran lambat bermula pasti saya akan bersuara berbanding sebelum ini saya lebih banyak memendam perasaan.

"Saya akui keburukan saya itu dan satu lagi seperti yang orang tahu saya memang seorang yang cerewet kerana saya amat pentingkan skrip dan watak yang bagus.

"Saya juga menyukai pengarah yang kreatif dan berimaginasi tinggi. Sebab itu saya memilih untuk berlakon drama Mantera Anjasmoro arahan Aidilfitri Mohamad Yunos kerana saya telah mengenalinya sejak berlakon dalam filem Anak Mami The Movie," katanya.

Selepas selesai penggambaran drama tersebut pada akhir November lalu, Eja bakal memasuki penggambaran drama Dia Bukan Maryam di Jeddah, Mekah dan Madinah pada hujung Februari ini.

"Saya akan berada selama dua minggu di sana bermula 28 Februari ini. Ikutkan saya bimbang juga untuk meninggalkan anak kerana pertama kali ke luar negeri tanpanya.

"Saya berpesan kepada suami jika Eishal 'meragam' sebanyak empat kali, saya memintanya untuk datang ke sana," ujar Eja.

Menyentuh tentang lakonannya dalam Mantera Anjasmoro, Eja melakonkan watak Sabrina, isteri kepada Zahid lakonan Ady Putra.

"Selama 15 tahun dalam industri lakonan, drama ini merupakan drama kedua genre seram saya selepas Durja Ningsun serta filem seram Janin.

"Saya memilih untuk berlakon cerita seram yang mempunyai impak dan teladan. Karakter saya dalam drama ini agak agresif dan menasihatkan kepada penonton agar tidak mengikut amalan yang dilakukan," ujarnya.

Drama ini disiarkan pada setiap Khamis, pukul 9 malam mulai 3 Mac ini di TV3.

Artikel Berikut

Artikel Lain