suria

Jessica Alba Tunggu Anak Kedua

Jessica Alba
Jessica Alba
Jessica Alba

PELAKON Jessica Alba sedang melalui saat-saat bahagia apabila sedang menanti kelahiran anak keduanya hasil pernikahan dengan sutradara Cash Warren.

Dia memberitahu perkara gembira tersebut melalui Facebook miliknya pada Rabu lalu.

Jessica menulis: “Lama benar saya tidak aktif di Facebook dan saya fikir saya sudah tiada berita gembira untuk dikongsikan bersama anda. Honor akan menjadi seorang kakak,” tulisnya.

Beberapa balasan mesej diterima dari peminat-peminatnya yang gembira dengan hal tersebut.

“Cash dan saya sangat senang dan ingin beritahu berita gembira ini secepat mungkin kepada semua agar kamu semua tidak mendengarnya dari pihak lain.

"Saya juga menghargai semua perhatian dan ketulusan yang kamu semua berikan semasa kehamilan pertama dahulu,” tulisnya lagi.

Alba melangsungkan perkahwinan dengan Warren pada Mei 2008 iaitu sebulan sebelum dia melahirkan anak pertamanya, Honor.

Artikel Lain