PETALING JAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), mengesahkan kontrak Ketua Pengarahnya, Mohd. Mahyidin Mustakim (gambar) yang tamat hujung bulan ini disambung sehingga akhir Jun tahun hadapan.Ini menjadikan Mohd Mahyidin sebagai Ketua Pengarah Finas yang paling banyak disambung kontrak. Tugas beliau yang sepatutnya tamat pada Ogos lalu disambung sehingga Disember dan kemudiannya diteruskan sehingga Jun 2011.Difahamkan langkah menyambung kontrak yang dibuat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebuayaan itu berikutan tiada individu yang dilihat layak untuk memegang jawatan “panas” berkenaan.Sebelum ini timbul kekecohan kononnya pengarah filem Ahmad Idham akan dilantik menerajui Finas menggantikan Mohd Mahyiddin sehingga membuatkan persatuan seni mengeluarkan memo bantahan kepada menteri berkenaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana bimbang akan berlaku konflik kepentingan peribadi dengan pelantikan itu.Pihak Finas akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut Khamis.