suria

Kate Moss Terdesak Mahu Anak

Moss mahu ramai anak bersama kekasihnya, Jamie.
 Moss mahu ramai anak bersama kekasihnya, Jamie.
Moss mahu ramai anak bersama kekasihnya, Jamie.

MENJADI seorang model tidak bermakna mereka tidak suka mengandung, kononnya menjejaskan bentuk tubuh badan mereka.

Begitu juga dengan supermodel Kate Moss, selepas mempunyai seorang anak, Lila Grace Moss,8, hasil hubungannya dengan editor Dazed & Confused, Jafferson Hack, Moss kini terdesak mahukan anak bersama gitaris The Kills, Jamie hince

Moss dikatakan sedang mengambil pil asid folik, iaitu vitamin B9 yang membantu seseorang itu memiliki bayi yang sihat.

"Pelbagai jenis vitamin yang dia ambil. Jamie pula mencadangkan kepada Moss untuk mengambil pil asid folik untuk kebaikannya juga.

"Teman-teman Moss pula sering menyindir Moss kerana obsesnya untuk mendapatkan anak bersama Jamie," kata sebuah sumber kepada laman thesun.co.uk.

Dalam pada itu, spekulasi tentang Moss dan Jamie bakal berkahwin sering timbul memandangkan mereka pernah membuat kenyataan bahawa mereka ingin membesarkan keluarga mereka dengan anak-anak yang ramai.

Artikel Berikut

Artikel Lain