suria

Julia Roberts Dijangka Dapat Anugerah Berprestij

- Foto REUTERS
- Foto REUTERS
- Foto REUTERS

PELAKON Julia Roberts (gambar) dijangka menerima anugerah berprestij dalam bidang lakonan pada sebuah festival filem yang akan berlangsung di Sepanyol.

Media melaporkan bintang filem The Pretty Woman itu memiliki kerjaya filem yang cukup panjang bermula dari tahun 80-an dan layak menerima anugerah kerana sumbangannya kepada industri perfileman di Hollywood.

Julia akan dianugerahkan Anugerah Donostia dalam satu upacara mewah pada 20 September ini.

Sebelum ini, penerima kehormat anugerah tersebut termasuk Richard Gere, Sir Ian McKellen, Robert De Niro dan Meryl Streep.

Artikel Berikut

Artikel Lain