suria

Hillary Duff Besarkan Dada Sebelum Kahwin

MENJELANG perkahwinan, aktres Hillary Duff (gambar) dengan tunangannya Mike Comrie, dalam waktu terdekat dia melakukan beberapa rawatan badan dan membesarkan dadanya.

Menurut In Touch, Isnin, salah seorang ahli keluarga Hillary berkata bintang Lizzie McGuire itu mahu tampil dalam keadaan cantik pada hari pernikahannya. Lantas, Hillary terpaksa melanggar niatnya untuk tidak melakukan botoks.

"Baru-baru ini, dia melakukan pembedahan payudara dan melakukan suntikan botoks," ujar sumber itu.

Selain itu, bintang filem Material Girls itu juga mementingkan diet yang seimbang. Ketika ini, berat badannya sudah turun lima kilogram.

Penyanyi lagu Play with Fire itu mula mengenali Mike pada tahun 2007. Mereka telah bertunang pada Februari 2010.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain