suria

Kisah Hidup Oprah Difilemkan

PERJALANAN hidup pengacara televisyen ternama Oprah Winfrey (gambar) akan difilemkan berdasarkan buku biografinya yang dijangka berada di pasaran pada tahun hadapan.

Pembikinan filem itu akan dilakukan oleh pengarah filem terkenal Hollywood, Larry A. Thompson yang telah mendapat hak menghasilkan karya berdasarkan tulisan Kitty Kelly.

“Oprah Winfrey mempunyai perjalanan hidup yang luar biasa dari daerah miskin sehingga hujung dunia,” kata Larry seperti yang disiarkan portal contact.music, Selasa.

Pada waktu ini pengarah tersebut sedang mencari pelakon untuk melakonkan watak Oprah walaupun dia akui agak sukar mendapatkan individu yang mempunyai kebolehan seperti Oprah.

“Pihak kami akan melakukan uji bakat bermula daripada artis yang tidak popular sehinggalah kepada bintang ternama,” katanya.

Biografi mengenai diri Oprah yang ditulis oleh Kitty itu pernah menjadi kontroversi sebelum ini apabila Oprah sendiri mengejek buku tersebut kerana menganggap karya berkenaan bukan berlandaskan kenyataan yang benar.

Dalam biografi yang bertajuk “The Oprah Winfrey Show”, Kitty telah menulis Oprah pernah hamil selain mempunyai hubungan dengan suami orang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain