suria

Satu Kelainan Dalam Konsert Dir

Syafinaz Selamat selaku Pengarah Artistik dan Vokal Konsert Dir...
Syafinaz Selamat selaku Pengarah Artistik dan Vokal Konsert Dir...
Syafinaz Selamat selaku Pengarah Artistik dan Vokal Konsert Dir...

SELEPAS Konsert Hujan dan Bunkface pada 10 dan 11 Julai lalu, Festival Muzik Kuala Lumpur 2010 akan meneruskan kelangsungan dengan menganjurkan Konsert Dir... Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan.

Konsert itu akan di adakan pada 18 Julai, pukul 8.30 malam di KL Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Alami keharmonian suara Koir Kebangsaan mengalunkan 25 buah lagu Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad yang telah diangkat sebagai ikon muzik Malaysia.

Antara lagu yang akan dipersembahkan seperti Terasing, Antara Hujan dan Air Mata, Basikal Tua, Milik Siapakah Gadis Ini, Pelangi Petang, Merisik Khabar, Hujan dan One Thousand Million Smiles.

Konsert di bawah pimpinan Amri Zane dan Pengarah Artistik dan Vokal terkenal tanah air, Syafinaz Selamat ini turut diiringi pemuzik-pemuzik pimpinan Ku Sham dan menampilkan petikan gitaris terkenal, Along Exists.

Menjanjikan kelainan, konsert ini turut menampilkan pergerakan, lakonan dan lontaran suara ahli Koir Kebangsaan ketika persembahan.

Selain lagu-lagu hit Sudirman, konsert kali ini juga akan memperdengarkan lagu-lagu Allahyarham yang jarang-jarang didengar seperti Planet Gringragong, One Day In Your Life, Foxy Girl dan Bimbang Terluka Lagi.

Tiket menyaksikan persembahan ini berharga RM25. Harga tiket untuk pelajar bernilai RM15.

Pembelian secara dalam talian, layari www.ticket2u.biz atau hubungi talian 03-41498600. Tiket boleh juga dibeli terus di Kaunter Tiket KL Life Centre pda hari persembahan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain