suria

Ella Akan Buat Sidang Media Jelaskan Hubungan Dengan Elan

Ella sewaktu sidang media KL Tower Music Festival 2010 di Menara Kuala Lumpur semalam. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN
Ella sewaktu sidang media KL Tower Music Festival 2010 di Menara Kuala Lumpur semalam. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN
Ella sewaktu sidang media KL Tower Music Festival 2010 di Menara Kuala Lumpur semalam. - Foto oleh RAJA FAISAL HISHAN

RATU rock negara, Norzila Aminuddin,44, atau Ella merancang untuk mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan hubungan dengan kekasihnya, Elan Hasyim Abd. Rahman,28.

Bagaimanapun penyanyi lagu Permata Biru itu tidak memberikan kata putus bilakah tarikh dia akan mengadakan sidang media itu.

“Saya akan memberikan komen tentang perkara itu dalam satu sidang media nanti tetapi tak tahu lagi bila kerana sekarang sedang sibuk dengan Konsert KL Tower Music Festival 2010.

“Saya akan beri komen bila sudah ada ‘hitam’ dan ‘putih’. Jadi buat masa ini saya tak nak bagi apa-apa komen,” jelasnya selepas sidang media sempena sambutan KL Tower Music Festival 2010 dan kempen '1Malaysia Cintakan Muzik' di Menara Kuala Lumpur, Selasa.

Jumaat lalu, salah seorang ahli keluarga Ella mendakwa wanita itu membawa Elan Hasyim bertemu keluarganya di Klang, Selangor beberapa bulan lalu untuk mendapat restu sebelum berkahwin.

Elan yang sudah setahun mengenali Ella dikatakan berkunjung ke rumah keluarga wanita itu untuk mengenali ahli keluarga Ella selain meminta kebenaran berkawan dengan penyanyi itu.

Menurut sumber itu lagi, keluarganya menerima baik hasrat Elan untuk menjadi kekasih kepada Ella dan mendoakan agar mereka cepat berumah tangga.

Katanya, Ella juga sedang memikirkan hasrat itu tetapi keputusan untuk berumah tangga bukan dalam waktu terdekat.

Elan yang berasal dari Perak berkenalan dengan Ella ketika bekerjasama sewaktu menghasilkan kulit album kompilasi Ella pada tahun lalu.

Bermula dari situlah cinta mereka bersemi sehinggalah kedua-duanya dikatakan menjalinkan hubungan serius.

Kira-kira tiga tahun lalu Ella pernah membuat kejutan apabila mengumumkan hasrat untuk berumah tangga dengan lelaki muda tetapi sayangnya hasrat itu tidak terlaksana sehinggalah muncul gosip baru apabila dia dikaitkan dengan Elan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain