Kangin Super Junior Bakal Jadi Tentera - Hiburan | mStar

Kangin Super Junior Bakal Jadi Tentera

Wajah terbaru Kangin yang berkepala botak sebelum melaporkan diri di pusat latihan tentera, Isnin lalu.
Wajah terbaru Kangin yang berkepala botak sebelum melaporkan diri di pusat latihan tentera, Isnin lalu.

KANGIN, salah seorang anggota kumpulan Super Junior dilaporkan telah mendaftarkan diri sebagai tentera pada 5 Julai lalu.

Penyanyi berusia 25 tahun itu melapor diri sebagai rekrut, di mana dia bakal memulakan latihan asas ketenteraan selama lima minggu di pusat latihan ketenteraan di Nonsan, Korea Selatan sebelum dipindahkan ke unit lain untuk berkhidmat sebagai tentera selama dua tahun.

Kesemua ahli kumpulan Super Junior dan lebih 400 peminat dari Korea, Jepun, Thailand dan China turut dilihat berkumpul di pagar utama pusat latihan tentera itu untuk menghantar Kangin dan memberi sokongan kepadanya sebelum melapor diri.

Kangin sememangnya pernah menyuarakan hasrat untuk menyertai tentera sejak dulu lagi dan keputusan besar itu diumumkan pada satu sesi bertemu peminat sekitar Mei yang lalu.

Pada pertemuan itu, dia juga berjanji untuk kembali aktif dalam bidang seni sebagai individu yang lebih baik dan matang daripada sebelum ini. Kangin dijangka kembali pada tahun 2012. - allKpop.com

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kisah Cinta Tragis Vanidah & Rosyam

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Mak Nyah maut dibelasah sekumpulan lelaki

Coklat tumpah, panggil bomba!

Mas Ermieyati sertai Bersatu