suria

Lindsay Lohan Sakit Gigi

Lindsay Lohan kelihatan mengikuti prosiding mahkamah di Beverly Hills pada 24 Mei 2010. - Foto REUTERS

AKTRES Lindsay Lohan sedang menderita sakit yang amat sangat selepas pembedahan gigi gerahamnya.

Lohan yang membintangi filem The Freaky Friday itu berkunjung ke sebuah klinik pergigian di Los Angeles pada Selasa untuk mencabut gigi gerahamnya.

Menurut laporan media dia sedang berehat di rumah selepas menjalani pembedahan itu.

"Ia sangat kurang selesa dan saya membencinya!... Moga-moga ia akan beransur pulih!" Lohan menulis pada akaun Twitter miliknya.

Selepas pembedahan itu, Lohan,23, pergi ke stor minuman untuk mendapatkan minuman sejuk bagi meredakan kesakitan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain