suria

Filem Star Wars Tunggu Masa Untuk Ditayang

APA yang berlaku sekiranya Darth Vader, penjahat paling kejam dalam filem Star Wars berkelakuan aneh dan menjadi tidak siuman? Ketika ini, karya George Lucas itu sudah siap untuk diadaptasi menjadi sebuah siri kartun komedi.

Menurut The Hollywood Reporter kelmarin, George Lucas sudah memberi keizinan kepada Seth Green dan Matthew Senreich untuk mengadaptasi pengembaraan Han Solo, Princess Leia dan Darth Vader.

George juga tidak keberatan filem itu diadaptasi menjadi komedi, mengigatkan Seth dan Matthew adalah dua watak di sebalik kejayaan siri kartun Robot Chicken itu.

Mereka memang sengaja memilih Star Wars sebagai projek mereka berikutnya. Menurut mereka, cerita dan karakter-karakter dalam filem itu cukup unik sehingga mudah untuk dihayati.

Bagi mewujudkan lelucon-lelucon segar, mereka juga melantik Brenda Hay sebagai penulis naskah. Brenda merupakan produser program televisyen yang menyindir berita-berita politik, The Daily Show.

"Antara mereka tidak semuanya yang normal," ujar Seth Green.

Sehingga saat ini, Star Wars merupakan filem yang paling banyak diadaptasi ke berbagai media. Kali terakhir, sutradara Dave Filoni mengadaptasi filem fiksyen ilmiah tersebut menjadi filem animasi The Clone Wars yang ditayangkan pada tahun 2008 lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain