Elton John Disebut Sebagai Pengganti Simon Cowell - Hiburan | mStar

Elton John Disebut Sebagai Pengganti Simon Cowell

PENYANYI lagenda Elton John disebut-sebut sebagai pilihan bagi menggantikan juri dan penerbit muzik terkenal Simon Cowell dalam program American Idol (AI) untuk musim akan datang.

Mulai musm depan, Cowell akan meninggalkan AI untuk memberi laluan kepada program realiti terbarunya The X Factor versi Amerika tahun depan.

John, 63, dikhabarkan menjadi pilihan utama di kalangan orang-orang kuat industri TV di Amerika sebagai juri baru program realiti nyanyian paling popular itu.

Menurut laporan, beberapa eksekutif dari stesen TV Fox begitu terdesak untuk mendapatkan nama besar daripada Britain kerana aura dan tarikan selebriti berbangsa Inggeris untuk menarik perhatian penonton program itu.

Bekas penerbit AI "Nasty" Nigel Lythgoe, 60, berkata, John adalah calon terbaik untuk menggantikan Cowell.

"Dia (John) akan memberikan impak yang hebat kepada program itu dan penonton," demikian menurut kenyataannya kepada akhbar Daily Star.

Artikel Sebelum

Bunga Cinta Noh-Nina Sedang Mekar

Artikel Berikut

Hampir 4 Juta Tonton ABP 2009

Artikel Berkaitan

default image

Ringkas & Padat Bersama Ana Raffali

default image

Keputusan Kes Cerai Radhi OAG 18 Mei

Lebih Artikel