suria

Freida Pinto Dilamar Sebagai Gadis Bond Terbaru

AKTRES yang mencipta nama menerusi filem Slumdog Millionaire Freida Pinto, dilaporkan telah menandatangani tawaran bernilai jutaan pound Sterling sebagai gadis Bond yang seterusnya.

Menurut laporan, Pinto bakal muncul sebagai kekasih kepada ejen perisik terkenal, James Bond setelah dirisik oleh pengarah sam Mendes untuk filem Bond edisi ke-23.

"Sam begitu teruja memperkatakan tentang filem itu sejak beberapa bulan yang lalu. Freida dilihat sebagai calon terbaik untuk watak gadis Bond. Bagaimanapun, gadis itu agak berdebar dan bimbang untuk menerima tawaran itu.

"Apapun, filem kali ini dijangka memecah tradisi filem-filem Bond sebelum ini. Sam dikatakan bakal membawa pembahruan pada genre filem itu," demikian menurut satu sumber di akhbar Sydney Morning Herald.

Filem terbaru Bond dijadualkan memulakan penggambaran di Afganistan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain