suria

Angelina Jolie Dilahirkan Sebagai Bintang

SEMUA tahu bahawa Angelina Jolie adalah seorang bintang besar. Namun tidak ramai yang tahu masa remaja aktres ini yang mana melalui gambar-gambar yang tersebar benar-benar menunjukkan dia dilahirkan sebagai seorang bintang. Untuk itu, foto-foto sewaktu remaja Jolie yang akan dilelong pada 26 Mac ini.

Jurugambar profesional Harry Langdon mengatakan bahawa dia sempat mengambil beberapa foto Angelina Jolie ketika dia masih berusia 15 tahun dan kini koleksi foto itu akan dilelong oleh pemiliknya, Michael H. Epstein dan Scott E. Schwimer pada akhir bulan ini.

"Saya kagum atas keberaniannya datang sendiri. Ayah, ibu, dan kekasih yang datang saat sesi fotografi boleh menilai pemanpilan seseorang. Dia terlalu yakin pada diri sendiri," ujar Langdon seperti dipetik Splash News.

Dalam berita yang sama juga memberitahu bahawa Jolie datang menemui Langdon, John Voight dan ternyata sesi fotografi ini adalah titik awal dari kejayaan Jolie dari dunia hiburan. Langdon juga sempat menyatakan pendapatnya daya penarik pada Jolie adalah pesona misterinya. Jadi tidak berlebihan rasanya jika menyebut Angelina Jolie memang dilahirkan sebagai bintang.

Artikel Lain