suria

JK Rowling Dituduh Menciplak Lagi

POPULARITI Harry Potter memang tidak boleh disangkal. Baik novel mahupun versi layar perak sentiasa menjadi penantian para peminat fanatik di seluruh dunia. Kejayaan luar biasa itu tidak datang bergolek begitu sahaja. Kini JK Rowling berhadapan dengan tuduhan karyanya itu adalah hasil ciplak daripada karya penulis lain.

Apakah ini satu kebetulan atau benar-benar ciplak? Yang pasti, sehingga kini sudah ada dua dakwaan ke atas JK Rowling dengan tuduhan yang sama iaitu menciplak. Setelah laporan pertama tahun 2004, kini JK Rowling perlu berhadapan dengan penulis buku The Adventures Of Willy The Wizard : Number One Livid Land dengan tuduhan menciplak buku yang ditulis di tahun 1987 itu.

"Terus terang saya sedih kerana munculnya lagi tuduhan bahawa saya mengambil bahan dari sumber lain ketika menulis novel Harry Potter. Secara faktanya, saya sama sekali tidak pernah mendengar nama penulis itu atau bukunya malah sebelum tuduhan pertama mereka yang berkait dengan penulis itu pada tahun 2004," jelas JK Rowling seperti mana yang dipetik oleh Splash News.

Lebih jauh lagi JK Rowling memberitahu bahawa pihaknya sanggup ke mahkamah untuk membuktikan dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain