suria

Madonna Teringin Hamil Lagi

PENYANYI Madonna masih belum puas memiliki empat orang anak. Pelantun lagu Give It 2 Me itu berharap boleh hamil lagi secara normal meskipun usianya kini telah menginjak 51 tahun.

Seperti dipetik Aceshowbiz, Madonna sedar bukan mudah untuk hamil pada usia 51 tahun. Namun, wanita yang lahir pada 16 Ogos 1958 itu sanggup menerima cabaran itu.

“Badan yang sihat membuat Madonna bersedia untuk menerima cabaran itu,” ujar salah seorang ahli keluarga Madonna.

Dia juga berkata Madonna ingin merealisasikan impiannya itu bersama kekasihnya, Jesus Luz. Menurutnya, model itu adalah menepati ciri-ciri ayah kepada anak-anaknya.

“Jesus sangat mencintainya. Dia juga seorang yang beragama,” katanya. Semasa berkahwin dengan sutradara Guy Ritchie, Madonna dikurniakan Laurdes dan Rocco. Dia juga mempunyai dua orang anak angkat iaitu David Banda dan Mercy James.

Artikel Lain