suria

Jessica Simpson Ditinggalkan Kekasih?

PENYANYI Jessica Simpson ditinggalkan kekasih lagi selepas vokalis Smashing Pumpkin, Billy Corgan memilih untuk putus cinta kerana cintanya dengan wanita itu terlalu mendapat perhatian ramai.

Bagi Billy, hubungan yang dijalin bersama Jessica telah mendedahkan diri mereka kepada orang ramai sedangkan lelaki berkepala botak itu enggan kehidupan peribadinya disentuh oleh orang lain.

”Bercinta dengan Jessica telah menarik perhatian ramai. Billy cuba untuk bertenang, fokus kepada muzik dan penerbitannya kerana hubungannya ketika bersama Jessica telah membuka matanya,” ujar sumber seperti dipetik dari Female First itu.

Namun begitu, sumber kedua mengatakan Billy sepakat untuk membantu penerbitan album baru Jessica. Walaupun tidak menjalin kasih lagi dengan Jessica, Billy berjanji tetap akan membantu bekas kekasih John Mayer itu.

”Jessica suka menghabiskan banyak waktu di luar dan dalam studio dengan Billy. Dia mengagumi kemampuan muzik Billy dan menaruh hati padanya tetapi mereka tidak bercinta,” jelas sumber.

Artikel Lain