suria

Sandra Bullock Masih Sukar Lupakan Kematian Ibu

SANDRA Bullock masih lagi meratapi kehilangan ibunya yang meninggal dunia sembilan tahun lalu akibat kanser.

Bullock, 45, menegaskan, dia masih berjuang untuk cuba menerima hakikat tersebut.

"Saya mengambil masa dua tahun untuk menerima kenyataan dia sudah tiada. Ia bukan perkara yang mudah dan adakalanya semakin sukar. Tetapi ini adalah satu perkara yang baik kerana saya merasai dan menghargainya," kata aktres itu.

Menurut Bullock, dia lebih senang menggunakan kesedihannya itu dengan membantu wanita lain yang juga menderita akibat kanser.

Artikel Lain