suria

Paris Hilton Tolak Tawaran Program Realiti

PARIS Hilton dikhabarkan telah menolak tawaran untuk menyertai sebuah program realiti terbaru, ‘I’m A Celebrity, Get Me Out Of Here’ walaupun mendapat tawaran yang baik.

Program realiti itu mensyaratkan para selebriti untuk berada di hutan dan melakukan tugas-tugas tertentu untuk melayakkan mereka mendapat makanan harian.

Menurut Paris, dia sanggup memakan serangga atau apa saja jika keadaan mendesaknya ketika berkhemah di hutan bersama rakan-rakannya, namun dia sama sekali tidak sanggup melakukannya di kaca televisyen.

Artikel Lain