suria

Filem '2012' Kaut USD225 juta Dalam Masa Tiga Hari

SEPERTI yang dijangka, filem '2012' disambut hangat di mana saja ianya ditayangkan di seluruh dunia.

Tinjauan menunjukkan tayangan filem '2012' yang diadakan serentak di 105 buah negara, berjaya meraut USD225 juta.

Di peringkat awal, ketika filem ini baru ditayangkan selama 3 hari, '2012' yang digarap Roland Emmerich ini berjaya menduduki tempat pertama di semua negara yang menayangkan filem.

Perancis mencatat pulangan USD17.2, Rusia pula USD15.3 juta, Jerman USD12.4 juta, Cina dengan USD12.3 juta, sementara di United Kingdom USD10.8 juta.

Jika dihitung, jumlah pulangan yang terkumpul dari tiga hari penayangan filem ini di seluruh dunia, kutipannnya saja sudah mencapai USD225 juta. Namun, pencapaian ini masih di bawah filem-filem, Harry Potter and the Half-Blood Prince (USD236 juta) dan Spider-Man 3 (USD231 juta),

Selain dari pulangan yang memberangsangkan, angka pencapaian ini cukup untuk mengatakan filem buatan Roland Emmerich ini luar biasa yang karyanya bergema di mana-mana. Dia mampu menampilkan gambar, efek khas dan jalan cerita yang menarik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain