suria

Kidman ingin buktikan kehidupan masih berseri selepas bersalin

Kidman melahirkan bayi perempuan bernama Sunday Rose pada Julai 2008. -Foto AP
Kidman melahirkan bayi perempuan bernama Sunday Rose pada Julai 2008. -Foto AP
Kidman melahirkan bayi perempuan bernama Sunday Rose pada Julai 2008. -Foto AP

AKTRES Hollywood Nicole Kidman berkata dia beria-ia hendak bekerja secepat mungkin selepas melahirkan bayi perempuan tahun lalu.

Dia ingin membuktikan kehidupannya masih berseri selepas bergelar ibu.

Kidman melahirkan Sunday Rose pada Julai 2008 dan sejurus itu, dia menerima tawaran berlakon sebagai 'Nine', menurut laporan media.

"Saya baru lepas bersalin. Okey, saya masih seorang wanita - saya ingin kembali berlakon! Dan saya mempunyai kehidupan lain selain hanya menyusukan bayi saya.

"Saya percaya selepas anda bersalin, anda beria-ia untuk kembali bekerja dan ingin merasai kehidupan masih berterusan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain